Wednesday, 27 May 2015

Durian Crepe


Durian Crepe
Sumber dari
Bahan-bahan untuk kulit Crepe

15 gm tepung hongkong
* 15 gm tepung jagung
* 13 gm tepung ubi kentang
* 13 gm tepung ubi kayu
* 8  gm tepung kastard
* 20 gm gula icing
* 1/8 sudu  teh garam
 Kesemua bahan bertanda * diatas perlu diayak

15 gm butter cair/minyak biasa/jagung
250 gm air
1 sudu esen vanila
6 biji telur gred A
pewarna kuning
-  kesemua bahan ini dah bahan* hendaklah disebatikan

Cara-cara untuk membuat kulit


  1. Masukkan kesemua bahan bahan didalam mangkuk. Kacau sampai sebati, tapiskan & kemudian masukkan pewarna. 
  2. Tuang sesenduk didalam non stick pan. Lenggang nipis. Jangan terbalikkan. Bila dah masak, sejukkan.
  3. Bila sudah sudah siap & kulit telah sejuk, letakkan kastard dahulu dan kemudian letak isi durian.  Balut berhati-hati. 

Bahan-bahan untuk Cream Kastard

200ml fresh milk
100ml fresh cream
25 gm tepung kastard
50gm gula castor
2 biji kuning telur
25ml fresh milk

Satukan semua bahan kastard ke dalam periuk. Panaskan dengan kaedah double boil. Kacau sehingga adunan ini pekat.  Setelah pekat, sejukkan.

200 gm cream yang dipukul hingga bertanduk.  Selepas kastard sejuk, kaup balikkan dengan cream tadi. Kemudian simpan didalam peti sejuk.




No comments:

Post a Comment